Tuesday, 12 May 2026

Program Tahsin Al Fatihah Kesempurnaan Solat

Muslimin/Muslimat, Jemaah / Ahli Kariah Masjid Ubudiah, Kg. Sg. Raya (MUSR) yang dikasihi & dirahmati oleh Allah SWT sekalian...📢

Insya Allah Akademi Pengajian Dan Pertahanan Islam, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), akan menganjurkan Program Tahsin Al-Fatihah Kesempurnaan Solat di Masjid Ubudiah, Kg. Sg. Raya, Batu 9 Cheras pada ketetapan berikut :

📆 Sabtu (16 Mei 2026 / 28 Zulkaedah 1447H)
⏰ 8.00 pagi - 12.00 tengah hari
🕌 Dewan Solat, Masjid Ubudiah, Kg. Sg. Raya, Batu 9 Cheras

Objektif Program :

- Membetulkan sebutan huruf (makhraj) dan hukum tajwid dalam Surah Al-Fatihah.
- Meningkatkan keyakinan jemaah untuk membaca Al-Fatihah dengan betul ketika solat.
- Melahirkan jemaah yang peka terhadap kesalahan bacaan dan saling membimbing.

Tentatif Program :

8.00 - 8.30 pagi : Pendaftaran dan sesi taklimat ringkas
8.30 - 9.00 pagi : Pengenalan Surah Al-Fatihah
9.00 - 10.00 pagi : Makhraj huruf bermasalah dan tajwid utama dalam Surah Al-Fatihah (Idgham, Ikhfak, Mad Wajib dan Mad Asli)
10.00 - 10.15 pagi : Rehat
10.15 - 11.30 pagi : Sesi praktikal dan Talaqi Surah Al-Fatihah
11.30 pagi - 12.00 tengah hari : Penutup dan Bersurai

Penyertaan adalah percuma dan dibuka kepada semua peringkat umur. 

Terima kasih

PROGRAM MENAIK TARAF SISTEM PENYAMAN UDARA MASJID UBUDIAH, KG. SG. RAYA

Sukacita dimaklumkan bahawa Pihak Pengurusan Masjid Ubudiah, Kg. Sg. Raya akan melancarkan Program Menaik Taraf Sistem Penyaman ...