Friday, 17 April 2026

Ibadah Korban 1447H / 2026M

Assalamualaikum,

Program Ibadah QURBAN & AQIQAH anjuran Masjid Ubudiah, Kg. Sungai Raya, Batu 9 Cheras bagi tahun 1447H / 2026M.

Dua kategori penyertaan yang disediakan :
- Kategori I (Anggaran berat lembu 300++ kg)
Bayaran penyertaan adalah sebanyak RM850.00 untuk satu bahagian / RM5,950.00 untuk satu ekor (Termasuk Kos Pengurusan).

- Kategori II (Anggaran berat lembu antara 260 kg - 280 kg)
Bayaran penyertaan adalah sebanyak RM750.00 untuk satu bahagian / RM5,250.00 untuk satu ekor (Termasuk Kos Pengurusan).

Semua urusan berkaitan menyempurnakan ibadah tersebut akan diselenggara oleh pihak Masjid Ubudiah dengan kerjasama penduduk Kg. Sungai Raya & taman² perumahan berhampiran.
   
Tuan / puan yang berhasrat untuk turut serta boleh mendapatkan borang penyertaan di masjid atau muat turun (Borang Penyertaan Qurban MUSR 2026) & borang yang telah diisi berserta bayaran hendaklah dikembalikan kepada BENDAHARI MASJID UBUDIAH, KG. SUNGAI RAYA sebelum atau selewat²nya pada 20 Mei 2026M / 3 Zulhijjah 1447H (Rabu)

Penyertaan juga boleh dibuat secara online (WhatsApp) dan bayaran secara pindahan / bankin ke akaun Masjid Ubudiah Kg. Sungai Raya :

No. Akaun = 1402 0000 2897 18 (Bank Muamalat M'sia Bhd)
**Sila sertakan bukti bayaran kepada pihak urusetia**

Sila hubungi pihak urusetia untuk keterangan lanjut. Terima kasih.

PROGRAM MENAIK TARAF SISTEM PENYAMAN UDARA MASJID UBUDIAH, KG. SG. RAYA

Sukacita dimaklumkan bahawa Pihak Pengurusan Masjid Ubudiah, Kg. Sg. Raya akan melancarkan Program Menaik Taraf Sistem Penyaman ...