Tuesday, 13 October 2026

PROGRAM MENAIK TARAF SISTEM PENYAMAN UDARA MASJID UBUDIAH, KG. SG. RAYA


Sukacita dimaklumkan bahawa Pihak Pengurusan Masjid Ubudiah, Kg. Sg. Raya akan melancarkan Program Menaik Taraf Sistem Penyaman Udara Masjid kita khususnya di Ruang Belakang Sebelah Kanan, Dewan Solat Utama Masjid Ubudiah untuk keselesaan para jemaah terutamanya kerana ruang tersebut digunakan sebagai Ruang Solat Muslimat sepanjang bulan Ramadan.

   Sehubungan itu kami dengan rendah hati memohon Sumbangan / Wakaf daripada YBhg Dato’/Datin/Tuan/Puan bagi merealisasikan hasrat tersebut.

*Anggaran kos yang di perlukan adalah sebanyak RM20,000*

*Kos tersebut adalah merangkumi kerja-kerja berikut* :-

*A. MEMBEKAL DAN MEMASANG 1 UNIT PENYAMAN UDARA 5.0HP DAIKIN FLOOR STANDING R32 (FVC85A/FVC140A) DI RUANG BELAKANG SEBELAH KANAN, DEWAN SOLAT UTAMA, MASJID UBUDIAH, KAMPUNG SUNGAI RAYA*

1. Membekal dan memasang 1 unit Penyaman Udara 5.0HP Daikin Floor Standing R32 Model FVC85A/FVC140A termasuk indoor dan outdoor unit. (A20001)
2. 2.5hp R32 copper pipe, drain pipe, isolation pipe & 2.5mm pvc cable wiring. (A60004)
3. FEEMA PVC CASING / TRUNKING 2"×3"×6FT (100640)
4. ½" PVC PIPE (APP1011-24)
5. Membekal dan memasang kabel elektrik 4mm² lengkap dengan suis/isolator serta sambungan incoming supply ke unit penyaman udara, termasuk kerja-kerja pendawaian dan pemasangan berkaitan. (B0040)
6. Kerja-kerja memecah jubin/lantai untuk laluan paip copper penyaman udara, termasuk kerja-kerja pemasangan laluan paip, menampal dan membaiki semula bahagian jubin yang telah dipecahkan sehingga kemas. (C0021)

*B. KERJA-KERJA MENGALIHKAN DUA (2) UNIT KOMPRESOR PENYAMAN UDARA SERTA PENYAMBUNGAN COPPER PIPE*

1. Kerja-kerja mengalihkan dua (2) unit Kompresor Penyaman Udara dari lokasi sedia ada ke lokasi yang ditetapkan, termasuk kerja-kerja membuka, mengangkat, memindahkan dan menempatkan semula kompresor di lokasi baharu. (A80007)
2. Kerja-kerja penyambungan pipe copper bagi sistem penyaman udara jenama Acson, termasuk kerja pemotongan, flaring/brazing, penyambungan dan pemeriksaan kebocoran serta memastikan sambungan berfungsi dengan baik. (A60004)
3. Kerja-kerja penyambungan paip copper bagi sistem penyaman udara jenama York, termasuk kerja pemotongan, flaring/brazing, penyambungan dan pemeriksaan kebocoran serta memastikan sambungan berfungsi dengan baik. (A60004)

   Sumbangan / Wakaf tuan/puan, boleh disampaikan terus kepada Pengurusan MUSR secara tunai atau secara pindahan @ bankin ke akaun Masjid Ubudiah Kg. Sg. Raya (MUSR) :

*No. Akaun = 1402 0000 2897 18 (Bank Muamalat M'sia Bhd)*

*Rujukan : Wakaf Aircond*

   Segala Sumbangan / Wakaf daripada YBhg Dato'/Datin/Tuan/Puan kami dahului dengan setinggi-tinggi penghargaan & ucapan terima kasih. Semoga Allah SWT mengurniakan ganjaran yang setimpal...amiin 🤲

Maklumat lanjut boleh hubungi :

1. Hj. Amir Shah bin Noordin (Nazir) : 017-6367651
2. Hj. Abd Halin bin Hj. Mohd Taharin (Setiausaha) : 011-10002967
3. Hj. Mohamad Shamsuri bin Che Mahmod (Bendahari) : 013-3301739



Thursday, 16 July 2026

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2026

YBhg Dato'/Datin, Tuan/Puan, Muslimin/Muslimat, Jemaah / Ahli Kariah Masjid Ubudiah, Kg. Sg. Raya (MUSR) yang dikasihi & dirahmati oleh Allah SWT.

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MASJID UBUDIAH, KG. SG. RAYA (MUSR) 2026

Sunday, 24 May 2026

Jemputan Program Ibadah Korban 1447H

Pihak masjid mengucapkan terima kasih kepada semua peserta dan menjemput tuan/puan serta semua muslimin & muslimat untuk hadir bersama bagi kita menjayakan ibadah korban pada tahun ini.

MASJID UBUDIAH KG. SUNGAI RAYA
BATU 9 CHERAS

PROGRAM MENAIK TARAF SISTEM PENYAMAN UDARA MASJID UBUDIAH, KG. SG. RAYA

Sukacita dimaklumkan bahawa Pihak Pengurusan Masjid Ubudiah, Kg. Sg. Raya akan melancarkan Program Menaik Taraf Sistem Penyaman ...