Thursday, 23 May 2024

Program Ibadah QURBAN & AQIQAH
 anjuran Masjid Ubudiah, Kg. Sg. Raya, Batu 9 Cheras bagi tahun 1445H / 2024M 



YBhg Dato'/Datin, Tuan/Puan, Muslimin/Muslimat, Jemaah / Ahli Kariah Masjid Ubudiah, Kg. Sg. Raya (MUSR) yang dikasihi & dirahmati oleh Allah SWT sekalian... ๐Ÿ“ข

Program Ibadah QURBAN & AQIQAH anjuran Masjid Ubudiah, Kg. Sg. Raya, Batu 9 Cheras bagi tahun 1445H / 2024M ๐Ÿ‚๐Ÿ‘

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa masjid kita, Masjid Ubudiah, Kg. Sg. Raya, insya Allah akan menganjurkan Program Ibadah Qurban & Aqiqah berkelompok bagi tahun ini 1445H / 2024M.
  
Bayaran penyertaan adalah sebanyak RM830.00 untuk satu bahagian (Termasuk Kos Pengurusan). Semua urusan berkaitan menyempurnakan ibadah tersebut akan diselenggara oleh Pegawai & AJK Masjid Ubudiah dengan bantuan penduduk Kg. Sg. Raya & taman² perumahan berhampiran.

Tuan / puan yang berhasrat untuk turut serta boleh mendapatkan Borang Penyertaan di masjid & borang yang telah diisi berserta bayaran hendaklah dikembalikan kepada BENDAHARI MASJID UBUDIAH, KG. SG. RAYA sebelum atau selewat²nya pada 10 Jun 2024M / 3 Zulhijjah 1445H (Isnin). 

Penyertaan juga boleh dibuat secara online dan bayaran secara pindahan / bankin ke akaun Masjid Ubudiah Kg. Sg. Raya :

No. Akaun = 1402 0000 2897 18 (Bank Muamalat M'sia Bhd)

SYARAT PENYERTAAN :

>> Penyertaan adalah terhad kepada 15 ekor lembu sahaja. ๐Ÿ‚
>> Keputusan dari Mesyuarat Peg. & AJK MUSR, kami tidak menerima sebarang penyertaan dari haiwan / lembu yg diuruskan sendiri / persendirian.

Syarat ini perlu dilaksanakan bagi memudahkan pihak pengurusan mengendalikan ibadah korban tersebut agar berjalan lancar !!!

Terima kasih




 

 



Jemputan Program Ibadah Korban 1447H

Pihak masjid mengucapkan terima kasih kepada semua peserta dan menjemput tuan/puan serta semua muslimin & muslimat untuk hadir bersama b...