
YBhg Dato'/Datin, Tuan/Puan, Muslimin/Muslimat, Jemaah / Ahli Kariah Masjid Ubudiah, Kg. Sg. Raya (MUSR) yang dikasihi & dirahmati oleh Allah SWT sekalian.
"PROGRAM WAKAF / SUMBANGAN BAIK PULIH BUMBUNG MASJID UBUDIAH 2024"
Sukacita dimaklumkan bahawa Pihak Pengurusan Masjid Ubudiah, Kg. Sg. Raya telah melancarkan Program Wakaf / Sumbangan Baik Pulih Bumbung Masjid kita yang telah sekian lama mengalami kebocoran di beberapa tempat khususnya di Dewan Solat Utama Masjid Ubudiah untuk keselesaan para jemaah.
Sehubungan itu kami dengan rendah hati memohon Sumbangan / Wakaf daripada YBhg Dato’/Datin/Tuan/Puan bagi merealisasikan hasrat tersebut.
Sumbangan / Wakaf tuan/puan, boleh disampaikan terus kepada Pengurusan MUSR secara tunai atau secara pindahan @ bankin ke akaun Masjid Ubudiah Kg. Sg. Raya (MUSR) :
No. Akaun = 1402 0000 2897 18 (Bank Muamalat M'sia Bhd)
Rujukan : Wakaf Bumbung
Segala Sumbangan / Wakaf daripada YBhg Dato'/Datin/Tuan/Puan kami dahului dengan setinggi-tinggi penghargaan & ucapan terima kasih. Semoga Allah SWT mengurniakan ganjaran yang setimpal...amiin 🤲
Maklumat lanjut boleh hubungi :
1. Hj. Amir Shah bin Noordin (Nazir) : 017-6367651
2. Hj. Abd Halin bin Hj. Mohd Taharin (Setiausaha) : 011-10002967
3. Hj. Mohamad Shamsuri bin Che Mahmod (Bendahari) : 013-3301739
Jika tuan/puan perlukan borang Wakaf boleh muat turun dan cetak. Setelah isi boleh hantar semula kepada Pengurusan MUSR. Terima kasih.
Hj. Amir Shah bin Noordin
Nazir
Masjid Ubudiah, Kg. Sg. Raya
Batu 9 Cheras
Selangor Darul Ehsan